Sunday, May 22

Mengapa Ini Jalan Pilihanku?

       

       Assalamu'alaikum, alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat jugak aku start blogging nih. Mungkin aku tak sempat nak update setiap hari, tapi aku cuba update setiap minggu sekali insyaAllah.
       Bismillahirrahmanirrahim. Aku mulakan penulisanku ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tajuk yang telah menjadi pilihanku ialah INI JALAN PILIHANKU, mesti ramai nak tahu mengapa ye? Untuk post aku akan cuba mulakan dengan menerangkan serba sedikit tentang tajuk blog aku nih.
       Ini Jalan Pilihanku. Jalan apakah yang telah menjadi pilihanku? Firman Allah dalam surah Al-An'am ayat 153 :

"Dan sungguh ini jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan yang lain, yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Demikianlah Dia memerintahkan kamu agar kamu bertaqwa"
                                                                                                                 ( Surah Al-An'am ayat 153)
Maksud mudahnya ialah, jangan kamu ikuti agama dan kepercayaan selain daripada Islam. Aqidah kita hendaklah aqidah Islam. Syariat kita hendaklah syariat Islam, undang-undang kita hendaklah selari dengan syariat Islam kesemuanya, bukan sekerat sahaja. Seluruh undang-undang Islam yang telah dinyatakan Allah dalam Al-Quran mahupun sunnah Rasulullah wajib dilaksanakan. Bukan sekerat-sekerat. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 208 :

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu dalam Islam secara keseluruhannya. Jangan kamu ikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan ialah musuh yang nyata bagimu"
                                                                                                            (Surah Al-Baqarah ayat 208)

       Tiada undang-undang yang lebih baik daripada Islam. Islam itu paling tinggi, tiada lebih tinggi daripada Islam. Andai kata kita nak gunakan undang-undang selain daripada Islam, cuba cek balik aqidah kita. Siapalah kita nak gunakan undang-undang selain daripada Islam. Hebat sangatkah kita? walhal semua yang kita ada ni, semuanya milik Allah. Allahurabbuna.

      Setakat dulu ye post aku kali ni, maafla, aku baru nak biasakan diri menulis dengan tangan sendiri, bukan sekadar copy & paste. Takpe, sikit-sikit aku belajar menulis sendiri. Tingkatkan kesabaran, kuatkan mujahadah, memang usaha untuk tegakkan Islam ini penuh dengan dugaan, aku redha, ini jalan pilihanku.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...