Sunday, May 22

Filem Dalam Mihrab Cinta


       Salam. Bismillahirrahmanirrahim. ok, untuk post kali ni aku hanya nak ulas sikit pasal salah satu filem kang abik, Dalam Mihrab Cinta. Filem-filem sebelum ni ialah Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Alhamdulillah, semua filem Ustaz Habiburrahman El-Syirazi aku dah tengok, bukan kat panggung wayang ek, just ambil dari member-member jer la. Mana lepas kat panggung wayang Malaysia, cerita-cerita Islamik gini,huhu

        

       Sebelum aku ulas dan bagi konklusi daripada apa yang aku dapat dari filem ni, aku nak cite la sikit sinopsis filem tersebut. Kepada yang belum tengok, rajin-rajin la cari filem ni ye, insyaAllah banyak manfaat yang kita boleh dapat. Bukan calang-calang Ustaz Habiburrahman El-Syirazi ni, dah jadi director 3 filem Islamik berturut-turut. Yang mana sambutannya juga hebat. Adaptasi daripada novel yang ditulisnya sendiri, telah berjaya menarik ramai madh'u ( orang yang nak didakwahnya ). Cara yang digunakan oleh beliau amat tepat, dengan menggunakan pentas perfileman sebagai medan dakwah amatlah sesuai dengan zaman I.T sekarang. Di mana di zaman sebegini, ramai manusia tertarik dengan laman sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain. Dengan menggunakan media massa sebagai medan dakwah, ia lebih berkesan, kita boleh lihat sendiri, perkembangan teknologi semakin pesat, video-video semakin digemari oleh semua lapisan masyarakat, sampaikan video nak jatuhkan maruah orang pon diupload di youtube, opssss,,hehe.

    

       Filem ini berkisar tentang Syamsul Hadi seorang pemuda yang mana pada mulanya seorang yang baik, anak yang soleh ingin belajar di pondok Kendiri. Sampai saja di pondok, setelah dia belajar beberapa ketika, dia telah difitnah oleh Burhan mencuri duit Burhan. Setelah itu, dia dihukum keluar dari pondok. Apabila pulang ke rumah, keluarganya juga tidak mempercayai Syamsul Hadi, bahawa sebenarnya dia difitnah. Setelah itu, dia melarikan diri jauh dari keluarga kerana kecewa dengan keluarga sendiri. Pada suatu hari, dia kehabisan wang untuk makan, maka terpaksalah dia menjadi pencuri. Dia ditangkap dan ditahan di dalam lokap.

      Syamsul kebingungan, bagaimana dia boleh menjadi pencuri,hmm. dia meminta adiknya Nadia menebusnya, kemudian dia sekali lagi menghilangkan diri. Terdesak untuk mencari duit, dia teringat kata-kata seorang rakannya di dalam lokap, kalau nak buat jahat, mesti bersungguh-sungguh. Jadi, dia pon mencuri dengan sepenuh hati untuk hidup. Tiba suatu hari, dia telah cuba mengubah dirinya dengan menawarkan diri untuk menjadi Ustaz yang mengajarkan Al-Quran kepada seorang kanak-kanak perempuan. Di kala itu juga dia mengenali Silvi. Dek kerana selalu dipanggil Ustaz, Syamsul inssaf dan bertaubat. Dia memulangkan semua duit yg dicurinya ke alamat-alamat yang telah disimpannya. Alhamdulillah, berkat taubatnya Allah murahkan rezeki dia dengan memberi tawaran kepada dia menjadi penceramah di dalam satu rancangan di dalam tv.

      Dipendekkan cerita, Silvi telah meminati Syamsul, keluarganya telah melamar Syamsul. Pada masa yang sama tanpa disedari, Zizi juga sudah lama meminati Syamsul. Solat Istikharah dilakukan, dengan nalurinya sebagai seorang lelaki, berbekalkan ketenangan yang didapati daripada istikharahnya. Syamsul memilih Sivi. Malangnya jodoh tidak kesampaian, Silvi kecelakaan dan meninggal dunia. Syamsul amat sedih. Seterusnya, keluarga Zizi pula datang melamar Syamsul untuk mengubati luka Syamsul akibat kehilangan tunangnya Silvi. The End =) .

Pengajaran yang boleh kita dapati daripada filem ini ialah :
1.  Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pemurah, bertaubatlah kita sebelum terlambat, malah  Allah juga melimpahkan lagi rezeki kepada orang-orang yang bertaubat. Nabi menyarankan kita segera bertaubat sekiranya membuat dosa sebelum ajal menjemput kita.
2.  Hormati ibubapa kita, sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu. Dengarlah nasihat ibubapa insyaAllah ada keberkatan.
3.  Tiada istilah perigi cari timba dalam Islam. Kita boleh lihat sendiri bagaimana Khadijah menghantar wakil untuk melamar nabi Muhammad S.A.W. Dalam keadaan sekarang, portion wanita melebihi lelaki, wanita juga perlu berani menyatakan hasratnya untuk memiliki seseorang jejaka.
4.  Lakukan istikharah sekiranya kita dalam keadaaan confius, kebingungan untuk memilih sesuatu. Yakin dengan jodoh yang Allah tunjukkan. 
5.  Redha dengan apa yang terjadi. Pasrah dengan apa yang telah berlaku. Kuatkan kembali hati kita dengan bermunajat kepada Allah sekiranya ditimpa musibah. Allah Maha Mengetahui.

      Akhir sekali, tengok la ye, menyesal kalau tak tengok, akhir kalam. Aku hanya hamba Allah, yang diciptakan hanya untuk beribadah kepada Allah.

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah kepadaku"


Skop ibadah itu luas, segala perkara kebaikan yang kita lakukan untuk mendapatkan redha Allah dikira sebagai ibadah. Ini Jalan Pilihanku. Wallahu'alam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...